Seramai 36 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, di sini 29 Disember lalu.Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya yakin siasatan berhubung kes berkenaan hampir selesai dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat.
